Tuesday, November 10, 2009

KURSUS MOTIVASI WANITA CEMERLANG

TEMPAT: SURAU AL-MUHAJIRIN PRESINT 9
TARIKH : 21 NOVEMBER 2009
MASA : 8.30 PAGI- 4.30 PETANG

PESERTA ADALAH DARI KALANGAN IBU-IBU TUNGGAL DI SEKITAR PUTRAJAYA YANG BARU BERCERAI.....KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI JAWI CAWANGAN PUTRAJAYA DI TALIAN 03-88842600 . PESERTA TERHAD 60 ORANG SHJ. MAKAN DAN MINUM DI SEDIAKAN OLEH PENGANJUR.
SEKIAN TERIMA KASIH.

Thursday, October 15, 2009

Kursus Pemantapan Akidah

Tarikh: 27 Oktober 2009
Tempat: Auditorium Komplex E
Jam : 8.00 pagi- 1.00 tgh

Semua di jemput hadir. Sila hubungi Jawi Cawangan Putrajaya 
untuk maklumat lanjut di talian 03-88842600


Monday, July 13, 2009

Friday, December 26, 2008

Tuesday, July 8, 2008

Panduan Ringkas Selepas Memeluk Islam

Panduan Ringkas Selepas Memeluk Islam

Di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Cawangan Putrajaya

Assalamualaikum wr. wbt.,

Saudara Kita Sekalian,

Tahniah kerana telah memilih Islam sebagai agama. Semoga saudara / ri berada di dalam lindungan dan pemeliharaan Allah SWT sentiasa. Berikut adalah sedikit panduan untuk saudara / ri ketahui dan perlu dilaksanakan (jika berkaitan) selepas memeluk Islam.

  1. Saudara / ri diwajibkan menghadiri Kursus Intensif Fardhu Ain dan Khemah Ibadah pada tarikh yang ditetapkan oleh Cawangan Saudara Baru Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

  1. Datang Belajar Mendalami Agama Islam:

1. Kelas Pengajian Saudara Kita di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya

Tel: 03-88842600

2. Kelas Pengajian Saudara Kita PERKIM Pusat atau PERKIM Wilayah di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Tel: 03-40426224 / 03-40412482

3. Kelas Pengajian di Islamic Outreach ABIM di 3402, Jalan Ampang Hilir, Ampang

Tel: 03-42569822

4. Lain-lain tempat pengajian saudara baru


  1. Kad Akuan Memeluk Islam:

Anda akan diberikan Kad Akuan Memeluk Islam dalam tempoh 1 bulan selepas pengIslaman atau selepas menandatangani Kad Akuan Memeluk Islam dan menghadiri Kursus Intensif Fardhu Ain dan Khemah Ibadah yang dikendalikan oleh Unit Saudara Baru, JAWI.

  1. Jika Ingin Menukar Nama Dalam Kad Pengenalan Sediakan:

1. Kad Akuan Memeluk Islam (JAWI)

2. Kad Pengenalan Lama

3. Surat Beranak

4. Surat Akuan Sumpah sebab tukar nama yang dibuat di Pejabat Pesuruhjaya Sumpah

5. Hadir sendiri ke Jabatan Pendaftaran Negara, Lot 2G5, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya untuk mengisi borang dan lain-lain hal berkaitan

5. Jika Ingin Berkahwin Di Wilayah Persekutuan:

Saudara / ri boleh berhubung terus dengan Unit Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (PPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya untuk mendapatkan maklumat lanjut atau khidmat nasihat berkenaan dengan proses perkahwinan yang perlu dibuat. Tel: 03-88842600.

6. Jika Ingin Berkhatan:

Saudara / ri boleh mendapatkan surat sokongan daripada Unit Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya untuk berkhatan di Pusat Rawatan Islam , Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Kos bayaran akan ditanggung oleh Jabatan ini.

7. Jika Ingin Mendapatkan Bantuan Kewangan seperti

Kecemasan / Fakir Miskin / Bulanan / Makanan /

Perubatan / Sewa Rumah / Perkahwinan Dll:

Saudara / ri boleh mendapatkan Borang Permohonan di Unit Baitulmal, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya dan dapatkan surat sokongan dari Unit Dakwah.

8. Jika ingin Mendapatkan Tempat Perlindungan Dan Penginapan Sementara:

Saudara / ri boleh mendapatkan surat sokongan dari Unit Pengurusan Dakwah dan membuat permohonan sendiri di Kompleks Dar- Assa’adah, Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, 68100 Kuala Lumpur. Tel: : 03-61842137.

9. Hal-Hal Lain Yang Berkaitan:

Maklumat lanjut dan hal-hal yang lain seperti ingin menghadiri kursus, seminar dll program, sila hubungi Unit Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya, Aras 7, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya atau hubungi di talian 03-88842600.

PROSEDUR PENDAFTARAN PENGISLAMAN

PROSEDUR PENDAFTARAN PENGISLAMAN
DAN PEMBERIAN KAD AKUAN MEMELUK ISLAM
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
CAWANGAN PUTRAJAYA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Hadir sendiri untuk mengisi Borang Pendaftaran Memeluk Islam
2. Menetap di Wilayah Persekutuan, Putrajaya
3. Berumur 18 tahun ke atas ( termaktub dalam akta 505 ), Surat Kebenaran Penjaga sekiranya di bawah umur

4. Satu salinan Kad Pengenalan atau Passport ( warga asing ) beserta Visa / Dokumen Perjalanan yang masih sah


5. Membawa 2 orang saksi beragama Islam beserta salinan Kad Pengenalan

6. 3 keping gambar berukuran saiz Kad Pengenalan

7. Surat Pengesahan Memeluk Islam sekiranya telah memeluk Islam di tempat lain

8. Diwajibkan menghadiri Kursus Intensif Fardhu Ain & Khemah Ibadah anjuran Cawangan Saudara Baru, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( JAWI, KL ) pada tarikh yang ditetapkan. bagi membolehkan mendapat Kad Akuan Memeluk Islam.

9. Kad Akuan Memeluk Islam akan disiapkan dalam tempoh sebulan selepas permohonan dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) dan tertakluk kepada lain-lain peraturan

10. Pengislaman dan pendaftaran boleh dibuat pada waktu pejabat :

Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat : 8.00 pagi – 12.15 tengahari
2.45 petang – 5.00 petang.

Program Unit Pengurusan Dakwah


AKTIVITI TERKINI
:

BIL

AKTIVITI

TARIKH

TEMPAT

1

KEM IBADAH REMAJA

12 JULAI 2008

MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

2

MAJLIS ILMU SAUDARA BARU (SIRI IV)

15 OGOS 2008

JAWI CAW. PUTRAJAYA

3

KEM IBADAH SAUDARA BARU

22 -24 OGOS 2008

HOTEL SERI MSIA BAGAN LALANG

Kelas Pengajian Saudara Baru 2008

Kelas Pengajian Saudara Baru 2008 telah bermula pada 10 Mac. Program ini melibatkan saudara baru yang berdaftar di cawangan ini dan bekerja di sekitar Putrajaya. Kelas Pengajian ini dibimbing oleh 3 orang tenaga pelajar dan diadakan 5 hari seminggu (Isnin – Jumaat).
JADUAL
KELAS PENGAJIAN SAUDARA KITA TAHUN 2008
Bertempat di: Bilik Mesyuarat JAWI Cawangan Putrajaya“Menuntut Ilmu adalah fardhu ke atas setiap Muslim & Muslimah - maksud hadith -

HARI

MASA

SUBJEK

TENAGA PENGAJAR

ISNIN

5.45 – 7.45 mlm

AL-QURAN

UST. ZAHARIAH BT. MAHYUDDIN

SELASA

5.45 – 6.45 ptg

AQIDAH

DR. AMINUDIN BIN BASIR

RABU

5.45 – 6.45 ptg

AKHLAK

UST. ZAHARIAH BT. MAHYUDDIN

KHAMIS

5.45 – 6.45 ptg

FIQH

US. MOHD. IZHAR ARIFF B. MOHD. KASHIM

JUMAAT

5.45 – 6.45 ptg

SIRAH

US. MOHD. IZHAR ARIFF B. MOHD. KASHIM

Friday, July 4, 2008

KESALAHAN-KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

MENGIKUT AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
( WILAYAH PERSEKUTUAN ) 1984 AKTA 303

SEKSYEN 35
KESALAHAN
Tidak hadir dihadapan pendaftar dalam masa yang ditetapkan
HUKUMAN
Denda RM1,000 @Penjara 6
Bulan atau kedua-duanya

SEKSYEN 36
Perlanggaran terhadap perkahwinan
Denda RM1,000 @Penjara 6
Bulan atau kedua-duanya

SEKSYEN 37
Gangguan terhadap perkahwinan
Denda RM1,000 @Penjara 6
Bulan atau kedua-duanya

SEKSYEN 38
Akuan atau penyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan
Denda RM1,000 @Penjara 6
Bulan atau kedua-duanya

SEKSYEN 39
Akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan
Denda RM1,000 @Penjara 6
Bulan atau kedua-duanya

SEKSYEN 40
Kesalahan-kesalahan berhubung dengan akad nikah perkahwinan
Denda RM1,000 @Penjara 6
Bulan atau kedua-duanya

SEKSYEN 51(5)
Tidak melaporkan persekedudukan semula sebagai suami isteri atau rujuk
Denda RM500 @Penjara 6
Bulan atau kedua-duanya

SEKSYEN 123
Poligami tanpa kebenaran mahkamah
Denda RM1,000 @Penjara 6
Bulan atau kedua-duanya

SEKSYEN 124
Penceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah
Denda RM1,000 @Penjara 6
Bulan atau kedua-duanya

SEKSYEN 125
Tidak membuat laporan
Denda RM1,000 @Penjara 6
Bulan atau kedua-duanya

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

PROSEDUR ADUAN DAN PENGUATKUASAAN
(MENGIKUT AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH )

SEKSYEN 3
KESALAHAN
Pemujaan Salah
DENDA
Denda RM3000 @ penjara 2 tahun atau kedua-duanya

SEKSYEN 4
Doktrin palsu
Denda RM5000 @ penjara 3 tahun @ sebat tidak lebih 6 kali @ mana-mana kombinasi hukuman itu

SEKSYEN 5
Mengembangkan doktrin agama, dll
Denda RM3000 @ penjara 3 tahun atau kedua-duanya

SEKSYEN 6
Dakwaan palsu
Denda RM5000 @ penjara 3 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 7
Menghina @ menyebabkan dipandang hina dll agama
Denda RM3000 @ penjara 2 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 8
Mempersendakan dll. Ayat Al-Quran @ Hadith
Denda RM5000 @ penjara 3 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 9
Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama
Denda RM3000 @ penjara 2 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 10
Mengingkari perintah mahkamah
Denda RM3000 @ penjara 2 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 11
Mengajar tanpa tauliah
Denda RM5000 @ penjara 3 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 12
Pendapat yang bertentangan dengan fatwa
Denda RM3000 @ penjara 2 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 13
Penerbitan agama yang bertentangan dengan hokum syarak
Denda RM3000 @ penjara 2 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 14
Tidak menunaikan sembahyang Jumaat
Denda RM1000 @ penjara 6 bulan @ kedua-duanya

SEKSYEN 15
Tidak menghormati Ramadhan
1.Denda RM1000 @ penjara 6 bulan @ kedua-duanya bagi kesalahan pertama
2. Denda RM2000 @ penjara 1 tahun @ kedua-duanya bagi kesalahan seterusnya

SEKSYEN 16
Tidak membayar zakat atau fitrah
Denda RM1000 @ penjara 6 bulan @ kedua-duanya

SEKSYEN 17
Menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama
1.Denda RM1000 @ penjara 6 bulan @ kedua-duanya
2. Denda RM2000 @ penjara 1 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 18
Berjudi
Denda RM3000 @ penjara 2 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 19
1. Minum minuman yang memabukkan
Denda RM3000 @ penjara 2 tahun @ kedua-duanya
2. Membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli minuman yang memabukkan
Denda RM5000 @ penjara 3 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 20
Perbuatan sumbang mahram
Denda RM5000 @ penjara 3 tahun @ sebat 6 kali @ mana-mana kombinasi hukuman itu

SEKSYEN 21
Pelacuran
Denda RM5000 @ penjara 3 tahun @ sebat 6 kali @ mana-mana kombinasi hukuman itu

SEKSYEN 22
Muncikari
Denda RM5000 @ penjara 3 tahun @ sebat 6 kali @ mana-mana kombinasi hukuman itu

SEKSYEN 23
Persetubuhan luar nikah
Denda RM5000 @ penjara 3 tahun @ sebat 6 kali @ mana-mana kombinasi hukuman itu

SEKSYEN 24
Persediaan untuk persetubuhan luar nikah
Denda RM3000 @ penjara 2 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 25
Liwat
Denda RM5000 @ penjara 3 tahun @ sebat 6 kali @ mana-mana kombinasi hukuman itu

SEKSYEN 26
Musahaqah
Denda RM5000 @ penjara 3 tahun @ sebat 6 kali @ mana-mana kombinasi hukuman itu

SEKSYEN 27
Khalwat
Denda RM3000 @ penjara 2 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 28
Orang lelaki berlagak seperti perempuan
Denda RM1000 @ penjara 6 bulan @ kedua-duanya

SEKSYEN 29
Perbutan tidak sopan di tempat awam
Denda RM1000 @ penjara 6 bulan @ kedua-duanya

SEKSYEN 30
Memberi keterangan, maklumat atau pernyataan palsu
Denda RM3000 @ penjara 2 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 31
Takfir
Denda RM5000 @ penjara 3 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 32
Memansuhkan atau mencemarkan masjid, surau dan sebagainya
Denda RM3000 @ penjara 2 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 33
Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa
Denda RM3000 @ penjara 2 tahun @ kedua-duanya

SEKSYEN 34
Pembayaran tidak sah akan zakat atau fitrah
Denda RM1000 @ penjara 6 bulan @ kedua-duanya

SEKSYEN 35
Menggalakkan maksiat
Denda RM5,000 @Penjara 3
Tahun atau kedua-duanya

SEKSYEN 36
Memujuk lari perempuan bersuami
Denda RM25,000 @Penjara 3
Tahun atau kedua-duanya

SEKSYEN 37
Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri
Denda RM2,000 @Penjara 1
Tahun atau kedua-duanya

SEKSYEN 38
Menghasut suami isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan
Denda RM5,000 @Penjara 3
Tahun atau kedua-duanya

SEKSYEN 39
Memujuk lari orang perempuan
Denda RM3,000 @Penjara 2
Tahun atau kedua-duanya

SEKSYEN 40
Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan islam
Denda RM3,000 @Penjara 2
Tahun atau kedua-duanya

SEKSYEN 41
Qasaf
Denda RM5,000 @Penjara 3
Tahun atau kedua-duanya

SEKSYEN 42
Penyalah gunaan tanda halal
Denda RM5,000 @Penjara 3
Tahun atau kedua-duanya

SEKSYEN 45
Hukuman bagi penyubahatan
Dihukum dengan hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu

SEKSYEN 47( 1 )
Percubaan melakukan kesalahan
1. Dihukum dengan hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu
2. Penjara ½ dari hukuman dari hukuman penjara kesalahan tersebut
SENARAI SURAU–SURAU JUMAAT DI PUTRAJAYA

1. Surau Ar-Rahman
Presint 16,
Putrajaya.

2. Surau Presint 9,
Jalan P9 G1,
Presint 9,
Putrajaya.

3. Surau Sekolah Alam Shah
Presint 1,
Putrajaya.

4. Surau Putra Al-Amin
Kuarters Kediaman Kerajaan
Fasa 4C,
Presint 8, Putrajaya.

5. Surau Persint 11

6. Surau Presint 8

BAHAGIAN KORIAH

SENARAI SURAU-SURAU DI PUTRAJAYA

1) Surau Ibu Pejabat Bomba &
Penyelamat Malaysia,
Putrajaya.

2) Surau Blok C7,
Aras 1, Blok C7, Parcel C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya.

3) Surau Al-Putra
Blok 1B,
Apartment Fasa 1,
Jalan P9G,
Presint 9, Putrajaya.

4) Surau Ar-Raudhah Presint 16
Jalan P16J,
Presint 16, Putrajaya.

5) Surau Al-Insaniah
Fasa 2,
Presint 9, Putrajaya.

6) Surau Amaniah
Bahagian Pengurusan,
Ibu Pejabat Polis Daerah,
Presint 7, Putrajaya.

7) Surau Al-Falah
Putra Court 3,
Jalan P9G,
Presint 9, Putrajaya.

8) Surau Kelab Kebajikan & Sukan,
Bahagian Kemajuan Wilayah
Persekutuan & Perancang Lembah Klang,
Jabatan Perdana Menteri,
Putrajaya.

9) Surau Al-Ghazali
Fasa 4B,
Presint 8, Putrajaya.



10. Surau Ar-Rahman
Presint 16,
Putrajaya.

11. Surau Al-Hidayah
Rumah Mampu Milik,
Presint 9,
Putrajaya.


12. Surau A5, Aras 5,
Blok D8, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya.

13. Surau Presint 8,
Fasa 4A, Jalan P8C,
62000 Putrajaya.

14. Surau Presint 9,
Jaln P9G1,
Presint 9,
62250 Putrajaya.

15. Surau Abu Bakar As Siddiq
Blok 5A, Presint 9,
Presint 9, Putrajaya.

16. Surau Sekolah Alam Shah,
Presint 1,
Putrajaya.

17. Surau Al-Atifiqiah
No.16, Jalan P8E/4,
Presint 8,
Putrajaya.

18. Surau Saidina Othman
Ibni Al Affan,
Blok 6D,
Presint 9, Putrajaya.





19. Surau Putra Al-Amin
Kuarters Kediaman Kerajaan Fasa 4C,
Presint 8, Putrajaya.

20. Surau Presint 11
Jalan P11 A5/8,
Presint 11,
62300 Putrajaya.

21. Surau Al-Ehsan
Apartment Blok A&B,
No.2, Jalan P11B/1,
Presint 11,
62300 Putrajaya.

22. Surau Abdul Rahman Auf,
Blok C, D & E,
No.2, Jalan P11B/1,
Presint 11,
Putrajaya.

23. Surau Saidina Ali,
Fasa 11, Presint 9,
Jalan P9F,
62250 Putrajaya.

24. Surau Mahabbah
Aras 2, Blok E2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Parcel E2,
62604 Putrajaya.

PROSEDUR KAUNSELING

A) YANG PERLU ANDA LAKUKAN

Hadir di kaunter Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Mengisi boring-borang yang disediakan.
Hadir sesi rundingcara bersama Pegawai Perunding yang bertugas.
Bagi kes yang telah difailkan, selepas mengisi borang, pemohon akan diberi Kad Temujanji untuk rundingcara susulan.
Rundingcara akan dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan melalui surat panggilan dalam tempoh 3 minggu selepas aduan.
Boleh mendapatkan Laporan Perundingan jika ingin mengemukakan sesuatu tuntutan kes ke Mahkamah Syariah.
Bagi rundingcara melalui telefon, klien boleh menghubungi pegawai yang bertugas.


B) KEPUTUSAN YANG WAJAR DIAMBIL SELEPAS RUNDINGCARA

Berdamai
Berpisah
JIKA INGIN BERDAMAI ?

· Jalankan tanggungjawab anda dengan bijak mengikut Islam.
· Pasangan perlu bersedia mengubah sikap buruk masing-masing.
· Jadikan perkahwinan anda sebagai mahligai bahagia dan ikhlas kerana Allah.
· Hubungi Pegawai Perunding anda jika perlu.

JIKA INGIN BERPISAH ?

· Dapatkan laporan rundingcara daripada Pegawai Perunding
· Daftarkan permohonan perceraian anda di Mahkamah Syariah.

UNIT PERUNDING DAN PEMBANGUNAN KELUARGA

PENGENALAN

Unit Perundingan dan Pembangunan Keluarga adalah salah satu Unit di Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah yang bertanggungjawab dalam semua pentadbiran bagi Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah.


OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan rundingcara dan bimbingan ke arah membangunkan institusi keluarga Islam di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Mengurangkan masalah kepesatan gejala-gejala sosial seperti masalah nikah, cerai dan rujuk yang tidak mengikut peraturan undang-undang.
Menjelaskan kekeliruan dan membekalkan maklumat kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan Putrajaya mengenai isu rumahtangga dan penyelesaiannya.


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Jenis-jenis perkhidmatan :
Rundingcara Semasa ( Khidmat Pandangan )
Rundingcara Susulan ( Bagi kes yang telah difailkan )
Rundingcara Melalui Telefon ( Hotline )


SYARAT-SYARAT UNTUK FAILKAN KES

Bermastautin di W.P. Putrajaya dengan mengemukakan dokumen berikut :
I. Alamat di W.P. Putrajaya seperti di dalam Kad Pengenalan.
II. Bil-bil.
III. Surat sokongan anak kariah.

Salinan Surat Perakuan NIkah yang sah.
Salinan Kad Pengenalan / Paspot pemohon.

Thursday, July 3, 2008

SENARAI NAMA PEGAWAI DAN KAKITANGAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
1.Ust. Hajah Zainab bt. Othman
Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Gred S52
EXT: 2601

2.Pembantu Tadbir Gred (N17)
KOSONG

3.Pn. Junainah bt. Othman
-Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam Gred (S11)
EXT: 2600

4.Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam (N27)
KOSONG

5.En. Lokman Hakim b. Mohamad
-Pembantu Tadbir N17
EXT: 2639

6.En. Sahrin b. Salleh
- Juruteknik Komputer FT17
EXT: 2620

7.Pembantu Kewangan (W17)
KOSONG

8. En. Ahamad b. Abd. Aziz
- Pembantu Am Rendah N1

9. En. Hassan b. Mohd. Zain
Pengawal Keselamatan KP11
EXT 2642

10.En. Mustapa b. Hasan
Pengawal Keselamatan KP11
-------------------------------------------------------------------------------------------------
CAWANGAN PENYELIDIKAN
1. Ust. Salina bt. Salleh
Penolong Pengarah S41 EXT : 2609

2. (Kosong)
Pembantu Tadbir (N17)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
CAWANGAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA

1. Ust. Warda bt. Misnon
Penolong Pengarah (Kanan) S44
EXT : 2610

2. Us. Mohd. Salman b. Idrus
Penolong Pengarah S41
EXT: 2605

3. Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam (S27)
KOSONG

4.Ust. Roslina bt. Abd. Ghani
Pembantu Hal Ehwal Islam S17
EXT: 2637

5.Us. Ariff Alfian b. Norazman
Pembantu Hal Ehwal Islam S17
EXT: 2625

6.Pembantu Tadbir (N17)
KOSONG
-------------------------------------------------------------------------------------------------
CAWANGAN PENGURUSAN DAKWAH

1.Ust. Zuraiza bt. Husin
Penolong Pengarah S41
EXT: 2608

2.Us. Abd. Latiff b. Mat Alias
Pembantu Hal Ehwal Islam (Kanan) S22
EXT: 2623

3.Us. Mohd. Syah Zali b. Ramle
Pembantu Hal Ehwal Islam S17
EXT: 2624

4.Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)
KOSONG
-------------------------------------------------------------------------------------------------
CAWANGAN PENGURUSAN KARIAH

1.Us. Mohd. Azubir b. Razali
Penolong Pengarah S41 – Cuti Belajar
EXT: 2602

2.Pembantu Hal Ehwal Islam (Kanan) S22
KOSONG

3.Us. Roslizanzizley b. Ismail
Pembantu Hal Ehwal Islam S17
EXT 2627
------------------------------------------------------------------------------------------------
CAWANGAN PENGUATKUASAAN

1. Penolong Pengarah (Kanan) S44
KOSONG

2.Ust. Rohaizan bt. Ismail
Penolong Pengarah S41
EXT: 2777

3.Penolong Pengarah (S41)
KOSONG

4. Penolong Pengarah (S41)
KOSONG

5. Us. Mohd. Zamri b. Mohd. Nawi
Pembantu Hal Ehwal Islam S17
EXT: 2628

6. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)
- KOSONG

7. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)
KOSONG

8. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)
- KOSONG

9. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)
- KOSONG

10. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)
- KOSONG

11. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)
- KOSONG

12. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)
- KOSONG

13. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)
- KOSONG

14. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)
- KOSONG

15. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)
- KOSONG

16. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)
- KOSONG

17.Jurukamera (B17)
- KOSONG

18. Jurukamera (B17)
- KOSONG

19. Jurukamera (B17)
KOSONG

20. En. Muhamad Ikram b. Umar
Pemandu R3
EXT: 2620

21. En. Mohd. Faizal b. Mohd. Isa
Pemandu R3
EXT: 2620

22. En. Mohd. Faisal b. Abdul Hamid
Pemandu R3
EXT: 2620
-------------------------------------------------------------------------------------------------
KAUNTER 2640

PROGRAM & AKTIVITI JAWI CAWANGAN PUTRAJAYA

a. Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga
Menguruskan permohonan kebenaran berkahwin dan hal ehwal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan ruju’ dengan merujuk kepada Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).
Menyediakan perkhidmatan rundingcara keluarga kepada pasangan yang memerlukan khidmat nasihat.
Mengadakan seminar/program kekeluargaan dalam memantapkan lagi institusi kekeluargaan Islam.

b. Cawangan Dakwah
Menguruskan pengislaman dan pendaftaran saudara baru.
Mengatur program-program dakwah.

c. Cawangan Kariah
Mengurus, menyelia dan memantau surau-surau di sekitar Putrajaya selaras dengan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505).

d. Cawangan Penguatkuasaan
Melaksanakan penguatkuasaan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

e. Cawangan Pendakwaan
Menguruskan proses pendakwaan bagi kes berkaitan di bawah Undang-Undang Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) serta Akta-Akta yang lain seperti Akta Undang-Undang Keluarga 1984 dan Akta-Akta lain yang berkaitan.

f. Cawangan Penyelidikan
Mengurus sokongan pembetulan/pertukaran nama
Menguruskan sokongan Visa/Pas Sementara Warga Asing

VISI, MISI DAN OBJEKTIF

VISI
Berperanan sebagai sebuah institusi agama yang unggul dalam melaksanakan program-program pembangunan insan bagi melahirkan masyarakat yang terpelihara dari segi aqidah dan syariah.

MISI
Melahirkan sebuah masyarakat maju yang menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.

OBJEKTIF
Memastikan kesucian ajaran Islam terpelihara dalam masyarakat.

Memberikan khidmat kepada masyarakat di sekitar Putrajaya berkaitan hal ehwal pengurusan Islam dalam aspek perkahwinan, kekeluargaan, kebajikan dan dakwah Islamiah.

Memastikan pengurusan masjid dan surau di Putrajaya berjalan dengan lancar.

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

JAWI Cawangan Putrajaya mula beroperasi pada bulan September 2001 dengan penempatan secara pentadbiran seorang pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 dan seorang pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 dari JAWI Kuala Lumpur. Pada permulaannya Jabatan ini telah ditempatkan secara sementara di Masjid Putra, Putrajaya sehingga Ogos 2002. Mulai September 2002, Pejabat JAWI Cawangan Putrajaya telah berpindah ke Surau Presint 8, Putrajaya dengan pertambahan kakitangan seramai 4 orang.

Pada 9 Februari 2004, Pejabat JAWI ini telah sekali lagi berpindah ke Bangunan Putrajaya Perdana, Presint 16, Putrajaya dengan menyewa lot kedai di bangunan berkenaan. Kakitangan jabatan ini pada waktu tersebut telah bertambah kepada 10 orang termasuk seorang Ketua Penolong Pengarah Gred S48 yang ditempatkan secara pentadbiran dari JAKIM. Setelah hampir setahun menyewa di bangunan berkenaan, Pejabat JAWI Cawangan Putrajaya telah berpindah ke Aras 7, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya sehingga sekarang. Sehingga 2007, jumlah pegawai dan kakitangan JAWI Cawangan Putrajaya adalah seramai 19 orang yang ditempatkan secara pentadbiran dari JAKIM, JAWI dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ). Walau bagaimanapun bermula tahun 2008, sebanyak 48 perjawatan telah diluluskan melalui waran perjawatan WP. Bil A 178 & A207. Pada masa sekarang, terdapat seramai 24 orang pegawai dan kakitangan ditempatkan di JAWI Putrajaya termasuk kakitangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP) dan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Gred S52.